Hye..!! you are in my Site ..what to do ? | Dashboard | Follow
//Terukir di Bintang


cara membuat blog
Wednesday, 16 May 2012 | 07:10 | 0 comments

Assalamu'alaikum / Salam Sejahtera,

Blog kini sedang hangat dipasaran. Tahukah anda blog semakin diminati dan popular sehinggakan ada blogger yang disaman?? Blog juga mendapat liputan meluas di media massa dan dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pilihanraya ke 12 di Malaysia.

Ramai pula yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya mempunyai blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affliate, iklan dan google adsense di blog mereka.  Paparan di akhbar tempatan berikut adalah bukti blog semakin diminati dan dikatakan setanding dengan media elektronik yang lain.


buat duit blog              cara buat blog

Adakah anda hanya berdiam diri sahaja?

Mengapa anda perlu memiliki Blog ?
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.
Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya olh ramai orang!
Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!
Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..
Sebelum saya menerangkan secara lanjut teknik cara buat blog mudah, saya ingin bertanya kepada anda...

Adakah anda menghadapi masalah-masalah berikut untuk membuat blog dotCom ?


 Masalah #1: Tidak tahu cara membuat blog
  • Tidak tahu di mana anda perlu mulakan
  • Tidak mempunyai asas teknikal untuk membuat blog dot com sendiri
  • Tidak tahu cara membuat blog yang mesra search engine
  • Tidak tahu di mana hendak mendapatkan hosting dan domain
  • Tidak tahu jenis blog apakah yang sesuai dan mudah untuk digunakan
 Masalah #2: Tiada khidmat sokongan
  • Tiada mentor yang dapat membimbing anda sehingga berjaya
  • Tidak tahu bagaimana untuk mendapat sokongan secara one-to-one
  • Tidak mendapat sokongan bila anda memerlukannya
 Masalah #3: Masalah mendapatkan trafik ke blog anda
  • Tidak tahu bagaimana hendak membina blog mesra enjin carian
  • Tidak tahu bagaimana 'ping' boleh mendapatkan trafik percuma ke blog anda
  • Tidak tahu Tip dan trik SEO di dalam usaha mendapat 'ranking' yang terbaik di enjin carian
  • Tidak tahu teknik mendapat trafik dengan "percuma"


Membina blog sendiri dengan melakukan "try n error" amat merugikan banyak masa dan tenaga. Malah blog anda mungkin tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mengapa perlu membuang masa yang banyak sedangkan anda boleh melakukan perkara lain yang lebih menguntungkan anda? Kini anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memiliki blog sendiri kerana kami ada jawapannya.
Ketahui Langkah Mudah Membuat BLOG dengan WORDPRESS.

Apa itu Wordpress ?

Wordpress merupakan platform blog yang popular dan boleh digunakan oleh sesiapa juga. Dengan menggunakan Wordpress, blog anda akan kelihatan kemas, profesional dan mudah dikendalikan.

3 Sebab utama mengapa anda perlu menggunakan Wordpress sebagai blog :-



 #1: Mudah untuk digunakan
  • Mudah untuk digunakan dan menu mesra pengguna
  • Mudah memasang tema / theme hanya dengan satu klik
  • Mudah mendapat rujukan dan bantuan kerana ramai telah menggunakannya
  • Mudah mendapatkan tools / plugin yang sesuai
  • Mudah mendapat liputan dari enjin pencari / search engine
 #2: Mudah mendapat trafik/pengunjung percuma
  • Hanya beberapa langkah mudah, blog anda mendapat trafik yang memuaskan
  • Ping secara automatik menaikkan ranking anda pada enjin pencari / search engine
  • Blog anda sentiasa mendapat perhatian search engine seperti google, yahoo dan sebagainya.
 #3: Fungsi Blog Wordpress yang menarik
  • Fungsi schedule ataupun automatik post
  • Ruang komen untuk berinteraksi dengan pengunjung blog anda
  • Hanya satu klik menukar tema, menambah link, mengaktifkan plugin, menambah kategori
  • Pelbagai fungsi sentiasa dikemaskini dengan versi terbaru
  • Boleh dijadikan laman jualan, laman web statikblog perniagaan mahupun blog peribadi
  • Mudah menjana pendapatan dengan memasang link affliate, google adsense dan banyak lagi

Labels:


|

Terukir Di Bintang

Template by : Nuha Amysha
Images : weHeartit
Background : Amirah