Hye..!! you are in my Site ..what to do ? | Dashboard | Follow
//Terukir di Bintang


CAra mengatasi Jenayah
Wednesday, 16 May 2012 | 06:46 | 0 comments


Seminar K ebangsaan Rupa Bandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti, 28-29 November 2007, Lumut, Perak 
321
32 PENDEKATAN PENCEGAHAN JENAYAH MENERUSI KEPERIHATINANREKABENTUK PERSEKITARANZul Azri Abdul Aziz
1 ,
Norhafizah Abdul Rahman
2
danIzham Ghani
3
Jabatan Senibina LandskapUniversiti Teknologi MARA Perak,Kampus Seri Iskandar 32600E-mel:
1
celi_sakuragi@yahoo.com,
2
norha776@perak.uitm.edu.my,
3
izham025@perak.uitm.edu.my
 Abstrak
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti karektor ruang berpotensi jenayah dan mengurangkan kejadian jenayah yang berlaku melalui keperihatinan terhadap reka bentuk persekitaran. Pemerhatian terhadapsumbangan Lost Space dan teori kemudahresapan perhubungan yang terdapat di ruang bandar dilaksanakandalam mengenalpasti kategori ruang jenayah. Melalui pemerhatian kajian teoritikal di negara luar dan Malaysia sendiri, terdapat persamaan berkenaan ruang yang berpotensi jenayah. Bagi menganalisa karektor ruang jenayah dengan lebih mendalam perbandingan terhadap isu-isu yang mengkibatkan kewujudan potensiruang jenayah dibuat bagi mendapat penyelesaian dari segi kemudahresapan (permeability) ruang dalambandar. Ruang yang berpotensi jenayah ialah ruang yang pincang dari segi accesibility, space organisation,night safety, visibility, dan sociability. Kesemua kepincangan kriteria ini menyumbang kepada ruangberpotensi jenayah. Bagi mengurangkan jenayah pada sesuatu ruang, kesemua lima kriteria ini telah ditransformasi dari ruang negatif kepada yang positif. Melalui kajian ini, ciri-ciri ruang berpotensi jenayahdapat dikenal pasti, seterusnya menghasilkan satu ruang sosial yang selamat kepada sebuah kawasan bandar.
PENGENALANDefinisi Ruang Potensi Jenayah
Jenayah adalah merupakan tingkahlaku atau kelakuan yang memberikan kesan negetif dari sudut fizikal atausosial dan ianya bertentangan dengan undang-undang dan norma kehidupan manusia. Kefahaman terhadapruang jenayah (
crime prone space
) pula adalah melibatkan sesebuah ruang yang cenderung atau berpotensiuntuk mengundang kejadian jenayah. Ianya akan mewujudkan
social pollution
yang berlaku apabila terdapatperubahan terhadap kelakuan masyarakat yang member kesan terhadap ruang interaksi mereka. (Mohd MazamMusa, 1971)Teori terhadap pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran adalah berasaskan sebuah idea bahawa
 peluang berlakunya jenayah adalah terhasil daripada bentuk persekitaran fizikal.(Ronald V. Clarke, 2000)
Inidapat dilihat dengan mengenalpasti karekter ruang yang menyumbang kepada pembentukan peluang terhadap jenayah di kawasan bandar. Melalui pemahaman terhadap karekter ruang jenayah ini, maka perubahanterhadap bentuk persekitaran fizikal ke arah yang lebih positif dapat dilaksanakan.Ianya turut menjurus terhadap pembentukan rekabentuk yang efektif di dalam sesebuah kawasan bandar bagimenangani peluang dan kerisauan terhadap jenayah. Selain itu, pendekatan ini dapat meningkatkan kualititerhadap kehidupan sosial masyarakat bandar tanpa kerisauan terhadap jenayah. Melalui pendekatan yangmelibatkan susun atur ruang yang selamat, kemungkinan terhadap kes jenayah dapat dikurangkan.Pencegahan jenayah dapat di definisikan sebagai langkah dalam menjangka, mengenalpasti dan menilai risiko jenayah dalam mencegah dan menghapuskannya. Melalui pemerhatian terhadap rekabentuk persekitarandengan teliti, pendekatan terhadap pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Karektor Ruang Potensi Jenayah
Kebanyakan jenayah yang berlaku di kawasan perbandaran adalah di sebabkan oleh terdapatnya peluang dalammelaksanakannya. Sebagai contoh, kombinasi peluang yang mengundang berlakunya jenayah adalh terdapattempat untuk bersembunyi
(covering)
dan kawasan yang gelap. Semakin tinggi peluang yang tercipta untuk penjenayah, maka potensi untuk berlakunya jenayah di sesebuah ruang akan meningkat. Maka, kesimpulan

Labels:


|

Terukir Di Bintang

Template by : Nuha Amysha
Images : weHeartit
Background : Amirah